CR7 kembali ke Man Utd, skor 2 gol dalam perlawanan sulung

241794030_379654160271066_7811534985989480921_n.jpg

Ahad, 12 September 2021, 9:00 pm202

Walaupun saya banyak menulis berkenaan Liga Malaysia, tapi untuk liga luar seperti EPL, saya tak berapa follow. Post ini hanya untuk saya simpan info perpindahan lagenda bola sepak Man Utd & antara pemain terhebat dalam tempoh masa sekarang, iaitu Cristiano Ronaldo.

Lepas 9 tahun di Real Madrid & 3 tahun di Juventus, CR7 kembali ke Man Utd hujung Ogos lalu ⁽¹⁾. Dalam perlawanan pertamanya setelah berpindah semalam, dia membuka 2 jaringan gol untuk membantu Man Utd membenam Newcastle Utd 4 – 1 ⁽²⁾.

Kepulangan CR7 ke Old Trafford disambut meriah oleh penyokong ⁽³⁾, WAGs (isteri / teman wanita ahli sukan tersohor) serta pemilik Man Utd ⁽⁴⁾, dan ada juga yang cuba mengungkit kontroversi lama CR7 ⁽⁵⁾.

Waktu intern kat KL dulu pun ada juga saya tengok beberapa match Man Utd. Selalunya striker (Rooney) yang jadi mesin jaringkan gol, tapi walaupun CR7 berada di posisi winger, dia tetap menjadi top scorer untuk EPL musim 2007-08.

⁽¹⁾ https://www.instagram.com/p/CTO-ldLgiVr/
⁽²⁾ https://www.youtube.com/watch?v=n4SIW0aa1vA
⁽³⁾ https://www.sinarharian.com.my/article/160936/BERITA/Sukan/Saya-sangat-gementar-Ronaldo
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/09/862849/ronaldo-kembalikan-glamor-old-trafford
⁽⁵⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/09/862862/ungkit-kisah-lama-ronaldo

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/379654183604397/

Pingback: Jumpa lagi tahun depan + keputusan perlawanan ke-22 Liga Super 2021

Tulis komen: