Cuci dalam Unser, ready nak jadi offroader

Sabtu, 11 September 2021, 8:50 pm

Cuci dalam Unser, ready nak jadi offroader.

Jalan Sabah-Sarawak (SSLR) baru saja nak mula dibina bulan ni ⁽¹⁾, nak kena tunggu 5 tahun lagi baru siap, itu pun kalau ikut jadual. Kalau ikutkan rekod, projek² pancing undi macam ni selalunya 10 tahun lepas umum pun tak confirm siap, lihat Matang-Malihah & Hospital Petra Jaya 🤷‍♂️. Oleh itu, ini langkah pertama nak cuba cari sendiri jalan ke Limbang guna jalan sawit & jalan balak, upgrade Unser jadi offroader.

241747980_378993567003792_1545839166823722097_n.jpg

① – Saya bahagian interior, bahagian mekanikal seperti enjin, gearbox, suspension tu part adik saya bikin. Buat masa sekarang hanya nak cuci bahagian dalam, bagi bersih takda debu² batu tanah & tak ada bau²an yang kurang enaq 🤢.

Karpet Unser ni ada 2 bahagian, seat depan & belakang. Mula² buka kesemua seat dulu, kena guna spanar ataupun wrench set, kemudian baru dapat tanggalkan karpet. Mudah saja nak buka karpet, ada beberapa trim di panel pintu tepi dan belakang yang kena buka guna screwdriver mata philips.

Karpet depan pula, kena buka seat & center console. Karpet bahagian bawah dashboard, tempat² yang ada dipotong untuk melepasi komponen seperti steering rack & pedal, ada dikunci dengan velcro, jadi mudah nak dibuka & pasang balik.

241749859_378993603670455_4384142582930403153_n.jpg

② – Ini masalah utama pada karpet Unser ni, getah pada alas kaki asal dah mencair & melekat masuk dalam fabrik karpet. Kena potong sikit² getah daripada karpet macam menyiat kulit dari daging. Kena hati² buat supaya tak merosakkan karpet tu sendiri.

Lepas ni mungkin kena guna water jet ataupun gosok dengan petrol untuk buang lebihan getah yang masih melekat.

241777333_378993597003789_840567892499928772_n.jpg

③ – Hasil kutipan hari ni, 71 sen. Sempat ambil gambar empat pusen saja 😁.

Tengah buat kerja, ada pegawai datang buat inspection, check bau² dalam kereta 😆.

Kat bahagian lantai bawah dashboard, banyak jumpa bekas telur lipas & serpihan lipas yang dah kering. Mungkin tu yang buat dalam kereta ni berbau pelik, hinggakan aircond dah servis pun masih ada bau tu 😷.

⁽¹⁾ www.theborneopost.com/2021/09/11/works-on-sabah-sarawak-link-road-starts-this-month

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: