Si kontot supervisa projek kereta 😹

241265499_380869396816209_926403427897237654_n.jpg

Selasa, 14 September 2021, 7:50 pm

Si kontot supervisa projek kereta 😹.

Orang tengah buat wiring kereta si ni ikut check, tengah buka karpet & cuci² dalam Unser pun dia jadi tukang inspect ⁽¹⁾.

Cun jugak dia ni kena kutip ikut balik sebab duduk dalam adik saya bila pulang dari bengkel, memang jadi supervisa check kerja² kereta. Mula² bawa balik dulu selalu sakit perut & cirit, sekarang dah ok dah biasa makan ‘biskut kucing’. Kuat bermain, kuku & gigi masih tajam, bila dah letih bermain, start membulat kat belakang leher orang. Pastu bila tidur boleh ngigau pulak, kaki tertendang², mungkin mimpi main kejar². Malam² kalau ada masak bau sedap, dia mesti nak rasa sedikit, kalau tak dia teriak mengiau panjang² 😂.

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/09/cuci-dalam-unser-ready-nak-jadi-offroader

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: