Si kontot supervisa projek kereta 

Selasa, 14 September 2021, 7:50 pm
Orang tengah buat wiring kereta si #emau ni ikut check, tengah buka karpet & cuci² dalam Unser pun dia jadi tukang inspect ⁽¹⁾.
Cun jugak dia ni kena kutip ikut balik sebab duduk dalam #kereta adik saya bila pulang dari bengkel, memang jadi supervisa check kerja² kereta. Mula² bawa balik dulu selalu sakit perut & cirit, sekarang dah ok dah biasa makan ‘biskut kucing’. Kuat bermain, kuku & gigi masih tajam, bila dah letih bermain, start membulat kat belakang leher orang. Pastu bila tidur boleh ngigau pulak, kaki tertendang², mungkin mimpi main kejar². Malam² kalau ada masak bau sedap, dia mesti nak rasa sedikit, kalau tak dia teriak mengiau panjang² .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/09/cuci-dalam-unser-ready-nak-jadi-offroader/
Ada beberapa taman lagi nak buat album panorama360
15 September 2021
Jumpa lagi tahun depan + keputusan perlawanan ke-22 Liga Super 2021
13 September 2021