Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pindah anak pokok ke hidroponik kratky method

246037546_400653834837765_8132693409286200181_n.jpg

Jumaat, 15 Oktober 2021, 9:40 pm0

4 minggu lepas benih capsicum ini disemai ⁽¹⁾, sekarang dah memanjang, boleh dipindahkan ke pasu berisi air baja. Saya recycle barang² sedia ada untuk tujuan ini:

  • Tong plastik bekas whey protein sebagai bekas takungan ataupun pasu.
  • Netpot daripada set akuaponik NFT 2 tahun lalu.
  • Hidroton sebagai ‘pemegang’ tumbuhan dalam netpot.
245949144_400653831504432_6563379579889451924_n.jpg
245799698_400653844837764_260910849167145333_n.jpg

Mula² tebuk penutup tong plastik ini mengikut saiz netpot. Yang saya ada ni saiz 50mm, jadi kena guna hole saw saiz 50mm jugak.

Lepas tu, bancuh stok baja AB ⁽²⁾ sehingga mendapat bacaan EC meter yang sesuai. Kalau diikutkan pada bungkusan baja, tumbuhan berbuah seperti capsicum ini memerlukan EC 1.7 – 1.8 mS/cm, 1 bahagian A, 2 bahagian B.

Tapi saya tak ada penyukat sekarang, hanya main agak² saja tuang berapa banyak baja AB ke dalam tong. Kemudian adjust sedikit demi sedikit, sukat guna EC meter. Dalam gambar, dapat lihat EC meter 2056 µS/cm, kalau convert ke mS/cm jadi 2.05, agak terlebih daripada julat yang dicadangkan. Rasanya tak jauh sangat terlebih, harapnya tak melecur akar pokok ni 😅.

Seterusnya, anak pokok dipindahkan ke dalam netpot. Letak hingga bahagian akar terkeluar dari bawah netpot, kemudian isi dengan hidroton sehingga kedudukan anak pokok stabil dalam netpot. Letak netpot pada penutup tong, kemudian tutup tong, dah siap.

Akhir sekali, letakkan di tempat yang sesuai, anak pokok terkena cahaya matahari, tapi tong berisi air baja terlindung daripada matahari supaya suhu kekal rendah & tak cepat tumbuh lumut dalam tong.

Konsep hidroponik kratky method ini ialah air baja tak perlu dipam & tak perlu guna pam udara akuarium. Biasanya akar tumbuhan kalau terendam dalam air dalam masa yang lama, akan jadi buruk & pokok boleh mati, sebab akar tak dapat bernafas.

Tapi kratky method ini, disebabkan tumbuhan diletakkan di atas air, pada kedudukan tetap, semakin lama air dalam tong akan semakin sedikit, sebab ia diserap oleh akar tumbuhan atau tersejat ke udara. Ruang kosong antara netpot dan permukaan air ini menjadi kawasan di mana akar tumbuhan bernafas & seterusnya mengelakkan akar daripada memburuk.

Nanti 2-3 hari lagi tengok, menjadi ke tak eksperimen ni 🙏.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/09/benih-capsicum-dah-bercambah/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/09/bancuh-baja-ab-pepejal-untuk-jadi-stok/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/400653918171090/

Pingback: Hujung daun nampak terbakar, tanda kekurangan potassium

Pingback: Bagi ruang untuk pokok capsicum membesar dalam hidroponik kratky

Tulis komen: