Habis dah jalan pusing Kuching, Bau, Serian, Simunjan, BKSS Loop part 15
Sabtu, 16 Oktober 2021, 12:55 pm459
Habis dah jalan pusing Kuching, Bau, Serian, Simunjan, BKSS Loop part 15.
Part terakhir ini saya drive dari Aiman Mall di Kota Samarahan, balik ke permulaan loop ini ⁽¹⁾ di Petronas Sg Maong, di Batu Kawa.
Di lebuhraya Kuching – Samarahan, dapat dilihat proses membina laluan tembus & lampu isyarat di semua bulatan yang ada. Sesetengahnya nampak terbiar hingga rumput tumbuh tinggi, mungkin sedang dalam proses memendapkan atau memadatkan tanah.
Di kawasan bandaraya, tak banyak perbezaan di laluan ini, selain makin sesak trafik sejak zon selatan Sarawak masuk fasa ke-3 PPN & dah boleh rentas daerah tanpa permit minggu lalu.
Tengok video #dashcamdrive ini di #YT:
Lepas ni belum confirm lagi nak jalan² dashcam drive kat mana lagi, mungkin kembali merayau di ‘Lundun’, singgah pantai .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/04/bkss-loop-lawan-kepada-mae-hong-son-loop/