Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Giliran tomato ceri dipindah ke hidroponik kratky

Selasa, 2 November 2021, 5:30 pm0

Lepas tanam capsicum ⁽¹⁾, asalnya saya nak teruskan tema guna semula (recycle / upcycle) barang² terpakai untuk ini, tapi ada sedikit masalah pada bekas tin.

248375417_411714550398360_2324851485265372542_n.jpg

① – Oleh itu saya pilih untuk beli baru saja kotak plastik begini. Tebuk lubang pada penutup untuk menempatkan netpot & tanaman. Posisi lubang netpot dibuat pada jarak begini supaya akar tumbuhan tidak terlalu dekat antara satu sama lain.

250956532_411714560398359_7998283526698124994_n.jpg

② – Satu daripada masalah semasa menggunakan semula tin biskut sebagai bekas takungan air baja hidroponik, ialah terdapat sedikit sisa minyak pada tin. Jadi pada air baja ini, terdapat satu lapisan nipis minyak terapung di atasnya.

Saya guna semula air baja dari tin tersebut, harap tak beri efek pada akar tanaman. Kalau tomato ceri nampak tak sihat, terpaksa cuci semula bekas plastik ni & bancuh semula baja AB yang baru.

251863971_411714573731691_5796403195224783953_n.jpg

③ – Ini bekas tin yang saya guna sebelum ini. Saya lapik bahagian dalam dengan bekas plastik beras, supaya air tak kena terus pada tin. Yang mana saya rasa baja AB mungkin akan bertindakbalas dengan tin & mengganggu kandungan baja tersebut kalau letak terus tanpa lapik.

Tapi plastik beras tu pula bocor. Tak lama lepas buat setup ini, nampak air baja mengalir sedikit keluar dari tin. Nampaknya tin ini juga bocor, tak dapat guna tanpa lapik plastik, karat pun dah mula banyak pada dinding tin.

243498361_411714547065027_6580470951425976469_n.jpg

④ – Ini antara kebaikan guna hidroton untuk menyemai benih. Lepas biji benih dah tumbuh, hidroton dapat dicuci & disimpan untuk digunakan semula untuk menyemai benih lain. Lepas ni plan nak cuba tanam sayuran daun pulak, macam lettuce, daun salad, sawi, bayam, ketumbar atau daun sup.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/10/bagi-ruang-untuk-pokok-capsicum-membesar-dalam-hidroponik-kratky/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/411714667065015/

Pingback: Pokok capsicum asyik tumbang dari netpot + tanaman baru dalam hidroponik kratky

Tulis komen: