Orang Korea sebut Pfizer jadi ‘hwaija’
Rabu, 5 Januari 2022, 7:40 pm0
Tengahari tadi saya pergi injek #vaksin booster Covid-19 kat Aeroville Mall. Vaksin primer sebelum ni daripada jenis AstraZeneca ⁽¹⁾, jadi untuk dos booster ini kena ambil Pfizer. Dah 4 bulan selepas dos ke-2 Ogos lalu, baru sekarang dapat injek berikutan sela masa untuk pemberian dos penggalak dipendekkan kepada 3 bulan ⁽²⁾.
Balik rumah lepas injek, badan rasa keletihan. Tak pasti disebabkan kesan sampingan vaksin, ataupun dari awal pagi saya dah berbaris kat bank, pastu drive Unser yang aircond tak berapa sejuk ketika cuaca hingga awal petang tadi cerah & panas. Pastu lupa nak bawa air, kehausanulazi dalam kereta .
Kalau pada dos pertama dulu, saya tunggu hingga pukul 10 malam, bila ada rasa menggigil baru nak makan Panadol, kali ni ikut macam dos ke-2, masuk waktu Maghrib, walaupun badan tak ada rasa nak demam, tapi ambil juga Panadol, supaya awal² dah ada penahan rasa sakit.
Antara lain yang rasa sama macam dos pertama dulu, ialah sedikit sakit pada tempat injek, bila nak angkat lengan, ada sikit lenguh² kat tepi lengan dekat bahu.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/08/lepas-injek-sambung-habiskan-game/
⁽²⁾ https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/sela-masa-dos-penggalak-pfizer-astrazeneca-dipendek/
Ada tak aplikasi escapeSarawak?
6 Januari 2022