Lepas injek sambung habiskan game

  • 240516670_367188258184323_2644286614684599039_n.jpg
  • 239970778_367188294850986_1077912560105560829_n.jpg

Selasa, 24 Ogos 2021, 1:35 pm

Lepas injek sambung habiskan game.

Kalau ikutkan statistik dalam , tempoh masa saya main hanya 6 hari, tapi masa sebenarnya sebulan lebih untuk habiskan story mode . Pro gamer mesti dapat habiskan tak sampai sehari 😅.

Tapi ada beberapa mission yang saya skip, terutamanya part main tembak², itu memang lemah nak control. Lebih² lagi satu freaks & strangers mission untuk Trevor kat kedai dalam gambar ke-2. Ada had masa untuk tembak 25 orang, berkali² cuba, asyik gagal, pening mata tengok grafik dikaburkan dengan tersekat² 😵.

Nanti² cuba lagi story mode, bila dah upgrade gaming PC 🖥.

Sabtu lalu saya dah dapat dos ke-2 AstraZeneca kat BCCK. Seperti sebelum ni ⁽¹⁾, memang lancar kat HCO A, tak sesak. Cuma parking bawah bangunan tu ditutup untuk dijadikan tempat menunggu. Parking di luar jak, bawah matahari. Saya terlupa bawa kertas kuning surat persetujuan yang bersama kad vaksinasi, tapi staff pengurusan ada beri borang baru untuk diisi, memudahkan 👏.

Kemudian selepas injek, di ruang pemerhatian, orang ramai diarahkan duduk pada baris kerusi ditetapkan ikut nombor giliran, dan staff bertugas yang mengambil & menghantar balik borang & kad vaksinasi dalam kumpulan mengikut baris kerusi. Lebih lancar, berbanding sebelum ni seorang demi seorang bergerak ke kaunter untuk update MySejahtera & kad vaksinasi.

Berkenaan kesan sampingan pula, tak seperti dos pertama, kali ni tak ada demam kuat. Cuma sering sakit kepala, ada sedikit rasa sejuk² badan & sakit² belakang. Walaupun petang lepas injek cuaca hujan lebat, pastu malam suhu sejuk dari tengah malam hingga ke pagi, dalam bilik 24-25°C, biasanya 28-30°C, tapi tak datang demam & tak perlu ambil panadol.

Kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat sambung jalan² 😷. PPV kat BCCK pun akan henti operasi hari ni ⁽²⁾.

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/06/lepas-injek-lalu-dapat-makan-pokok-%f0%9f%a5%a6
⁽²⁾ www.theborneopost.com/2021/08/21/bcck-ppv-to-end-operation-aug-24

Komentar (2)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: