Punyalah tebal debu kat lantai

Sabtu, 22 Januari 2022, 9:00 pm
Debu kotoran ni lain macam, mula² dah mop dengan Dettol surface cleaner, tak nampak beza, masih ada hitam².
Langkah ke-2, cuci secara manual, guna berus dawai, scouring pad & sabun Axion. Berjam² jugak duduk, merangkak & terusuk waktu menyental lantai ni .
Sebaik saja lepas gosok satu kawasan lantai, kena lap terus supaya kotoran dapat diserap kain lap & tak melekat balik kat lantai.
Akhir sekali, mop sekali lagi dengan Dettol, bagi wangi sikit & nyahkuman.
Hasilnya dapat lihat dalam gambar, nampak beza berapa kotor debu yang melekat kat lantai. Tu tak nampak lagi sisa² cat, gam & gelang getah yang dah mencair & melekat pada lantai.
Gelang getah tu dah la warna kuning, bila dikikis guna pisau & digosok, ia mencair & bercampur dengan air sabun dengan warnanya yang kuning coklat, macam warna .
Dah 2 tahun pandemik, ini kali pertama kena swab
23 Januari 2022
Dengar podcast dalam Spotify kat Android TV
21 Januari 2022