Punyalah tebal debu kat lantai

272434985_460690142167467_3633875362418672566_n.jpg

Sabtu, 22 Januari 2022, 9:00 pm58

Debu kotoran ni lain macam, mula² dah mop dengan Dettol surface cleaner, tak nampak beza, masih ada hitam².

Langkah ke-2, cuci secara manual, guna berus dawai, scouring pad & sabun Axion. Berjam² jugak duduk, merangkak & terusuk waktu menyental lantai ni 😅.

Sebaik saja lepas gosok satu kawasan lantai, kena lap terus supaya kotoran dapat diserap kain lap & tak melekat balik kat lantai.

Akhir sekali, mop sekali lagi dengan Dettol, bagi wangi sikit & nyahkuman.

Hasilnya dapat lihat dalam gambar, nampak beza berapa kotor debu yang melekat kat lantai. Tu tak nampak lagi sisa² cat, gam & gelang getah yang dah mencair & melekat pada lantai.

Gelang getah tu dah la warna kuning, bila dikikis guna pisau & digosok, ia mencair & bercampur dengan air sabun dengan warnanya yang kuning coklat, macam warna 💩.

🤢

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/460690168834131/

Tulis komen: