Tesco dah tukar jadi Lotus’s, lambat cerita

269745092_452424422994039_8067035889492113470_n.jpg

Sabtu, 8 Januari 2022, 10:30 pm

Tesco dah tukar jadi Lotus’s, lambat cerita.

Kat Sarawak tak ada Tesco, jadi tak tahu apa yang dah terjadi setahun lalu. Pada Februari 2021, Tesco telah menjual perniagaannya di Malaysia & Thailand kepada kumpulan syarikat Charoen Pokphand (CP Group) ⁽¹⁾.

CP Group ini menjalankan operasi perniagaan rangkaian runcit Lotus’s di Thailand. Jadi sekarang semua pasaraya Tesco (Tesco merupakan jenama berasal dari UK) di Malaysia dijadikan cawangan Lotus’s.

Walaupun nama dah berubah, tapi bisnes pasaraya masih berjalan seperti biasa. Mengikut memori saya dari tahun 2016, barang² dijual tak banyak sangat berubah, hanya jenama Tesco dah tukar jadi jenama Lotus’s. Layout pasaraya Lotus’s di Sungai Dua & Tanjung Pinang tak banyak berubah, bahkan lebih banyak produk baru diperkenalkan.

Dah puas survey², nanti nak angkat beberapa biji meja lipat, rak besi & meja makan beserta bangku sekali. Kalau ada TV yang berkenan pun angkut jugak dari sana 😆.

Satu lagi perkara yang dah terlupa sebab dah terbiasa kat Sarawak. Penang merupakan negeri pertama yang menghentikan penggunaan beg plastik. Seingat saya semasa mula² dikuatkuasakan dulu, majoriti penduduk patuh dengan arahan, dengan membawa beg shopping sendiri, atau menggunakan kotak terpakai untuk membungkus barangan dari pasaraya.

Ada cerita saya dengar bila Selangor nak kuatkuasakan, huru-hara kat sana dengan pelbagai masalah nak adopt tabiat baru 😅.

Saya sebenarnya dah siap² bawa beg shopping sendiri untuk bungkus barang, tapi selalu terlupa bila dah sampai dalam pasaraya. Terpaksa beli sedikit² pastu gendong barang² tu letak dalam kereta, kemudian baru bawa beg shopping untuk shopping round ke-2 🥸.

Gambar: beg shopping Lotus’s.

⁽¹⁾ www.therakyatpost.com/news/malaysia/2021/03/31/lotuss-officially-takes-over-tesco-stores-today-all-you-need-to-know

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: