Tak jadi TMJ bersara

274861935_482244516678696_6179272025430259628_n.jpg

Ahad, 27 Februari 2022, 8:50 am

Tak jadi TMJ bersara.

Terbalas sudah dendam JDT terhadap KL City malam tadi apabila mudah menewaskan mereka dengan jaringan 3-0, dalam perlawanan sumbangsih 2022. Ini susulan kekalahan JDT kepada KL City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 beberapa bulan lalu ⁽¹⁾.

Gol pertama terhasil daripada kawalan baik Arif Aiman, kemudian membuat hantaran silang & ditanduk oleh Nazmi Faiz ke penjuru gol.

Gol ke-2 pula oleh pemain import baru JDT, Fernando Forestieri, yang pernah bermain di EPL bersama Sheffield Wednesday. Build up yang bermula dari Natxo, kemudian bermain passing laju dengan Bergson & akhirnya Forestieri melepaskan sepakan menjunam dekat palang gol.

Gol ke-3 pada separuh masa kedua, apabila clearance pemain KL City disambut oleh Afiq Fazail & membuat sepakan volley deras ke kiri gol menewaskan Kevin Mendoza untuk kali ke-3. Ini gol favourite saya dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhan, JDT sudah bersedia untuk menghadapi musim ini & Bergson nampaknya dah ada pencabar baru untuk mengejar anugerah kasut emas.

Dengan kemenangan ini, maka tak jadilah TMJ nak berundur daripada apa² aktiviti bola sepak ⁽²⁾. Tapi dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, Bojan Hodak sendiri kata tak sanggup lihat TMJ bersara awal dari arena . Adakah ini boleh dikira sebagai mengatur perlawanan? 😅

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/12/dan-pemenang-piala-malaysia-2021-ialah/
⁽²⁾ https://www.utusan.com.my/sukan/2022/02/tmj-tinggalkan-bola-sepak-jika-jdt-kalah-kepada-kl-city/

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.