Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bergson bagi peluang dengan Safawi + keputusan perlawanan ke-2 Liga Super 2022

275497245_489213862648428_8814095648544235942_n.jpg

Khamis, 10 Mac 2022, 7:55 pm0

Minggu ni 2 perlawanan ditangguhkan, pasukan Sri Pahang & Terengganu masih belum cukup pemain yang sihat.

JDT vs Sarawak Utd

Lambat buka TV, saya mula tengok pada minit ke-37. 2 minit lepas tu, tengok Arif Aiman bagi hantaran silang & dilibas Bergson untuk gol ke-2 JDT.

Keeper JDT, Farizal nampak yakin meninggalkan jauh tiang gol, siap main passing di luar kotak penalti.

Separuh masa ke-2, Sarawak Utd banyak buat long pass ke tengah kawasan JDT tapi tak tahu nak beri kepada siapa. Pertahanan pula banyak ball-watching, tengok saja pemain JDT berlari² mengawal bola.

Minit ke-62, Raja Imran Shah kena kad kuning kedua, Sarawak Utd main dengan 10 pemain. JDT semakin bebas membuat gerakan serangan.

Minit ke-80, Bergson mendapat hantaran bola jauh, bawa masuk ke dalam kotak penalti & ada peluang untuk catat hatrik, tapi dia buat cutback untuk Safawi jaringkan gol. Berjoget² mereka berdua kat tepi padang 😆.

Kekalahan besar Sarawak Utd ini dikatakan akibat termakan umpan Benjamin Mora, yang kata mahu pasukan yang lawan JDT bermain secara lebih terbuka, berbanding Penang pada perlawanan pertama yang main parking bas ⁽¹⁾.

Keputusan

8/3
Penang 1 – 1 Melaka Utd

9/3
Sabah 3 – 1 PJ City

JDT 6 – 0 Sarawak Utd
Kedah 3 – 2 KL City

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT22007076
Kedah ↑122004226
Sabah ↑721013213
N Sembilan ↓211001013
PJ City ↓1210123-13
Selangor ↓110103301
KL City ↓1201156-11
Penang ↑1201112-11
Melaka Utd ↑2201112-11
Terengganu ↓300000000
Sri Pahang ↓300000000
Sarawak Utd200207-70

⁽¹⁾ https://semuanyabola.com/angkara-termakan-umpan-mora-permainan-open-play-sarawak-united-undang-padah/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/489213889315092/

Tulis komen: