Bila siap nanti, bangunan ni jadi yang tertinggi kat Bayan Baru

276989082_498120141757800_1548705935185105256_n.jpg

Jumaat, 25 Mac 2022, 2:55 pm0

Seingat saya dulu dalam tahun 2010-2015 kawasan Bayan Baru & Jalan Mahsuri sini, berhadapan kawasan Bukit Jambul ini adalah kawasan kampung. Sekarang semua dah dilapangkan untuk pembinaan PICC – Penang International Commercial City.

Bangunan baru yang tinggi ni adalah kawasan kediaman (residential) yang dinamakan Muze. Tiap hari datang kerja mesti berhenti kat lampu trafik simpang ni, dan tengok bangunan ni masih dalam pembinaan 🧐.

Buat masa sekarang, tinggi untuk bangunan menara sebelah kiri dalam gambar ialah 44 tingkat, dan sebelah kanan ialah 32 tingkat. Mengikut perancangan, jumlah ketinggian ialah 58 tingkat ⁽¹⁾. Belum siap tapi dah nampak jadi bangunan tertinggi kat kawasan ni 😲.

P.s kat depan ni, saya jarang nampak – Ford Focus sedan 🤨.

⁽¹⁾ https://www.penangpropertytalk.com/2019/01/muze-picc/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/498120198424461/

Pingback: Update bangunan Muze lepas 4 bulan

Pingback: Update bangunan Muze lepas 9 bulan

Tulis komen: