Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dua tahun kemudian 🦠

275804188_494079452161869_5722042982021477474_n.jpg

Jumaat, 18 Mac 2022, 8:45 pm0

Dah ada 3 gelombang jangkitan . Yang pertama, pada hari ini 2 tahun lalu, Malaysia kena lockdown PKP , sebab kes Covid original yang muncul di China.

Hingga hujung tahun 2020, barulah kes menurun sedikit, PKP dilonggarkan, boleh merentas daerah. Saya ambil kesempatan untuk pergi roadtrip hingga ke Miri sempena tahun baru ⁽¹⁾.

Masuk tahun 2021, vaksin baru saja dicipta. Kemudian muncul pula Covid varian Delta, gelombang jangkitan ke-2. Malaysia tiada pilihan lain untuk mengawal penularan, selain kenakan lockdown lagi pada pertengahan tahun.

Ke penghujung 2021, vaksin mula diberikan kepada semua rakyat, dan penularan varian Delta menurun. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ditukar dengan PPN (Pelan Pemulihan Negara) yang berfasa.

Bermula fasa ke-3, dah tak ada sekatan merentas daerah & negeri. Aktiviti ekonomi & sosial sedikit demi sedikit kembali kepada normal, tapi dengan norma baru – penjarakan sosial, pakai facemask & cuci tangan, dan check-in MySejahtera.

Awal tahun ini, 2022 pula muncul Covid varian Omicron. Gelombang ke-3 telah menjangkiti lebih ramai orang, sehingga lebih 30 ribu kes sehari.

Tapi tak ada lockdown, sebab kadar vaksinasi yang tinggi. Bilangan pesakit yang tergolong dalam tahap ke-3 dan ke atas, semakin sedikit. Majoriti tiada simptom atau ada simptom ringan, hanya perlu kuarantin diri sekurang²nya 3 hari, sehingga sembuh.

Bulan depan akan mula fasa baru – fasa peralihan ke endemik. Semakin banyak kelonggaran, solat jemaah pun dah boleh rapat saf.

Saya melihat tahun ini sebagai tahun permulaan pemulihan daripada krisis ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19. Kali ini, lebih kurang seperti krisis ekonomi setiap 10 tahun, contohnya krisis ekonomi 1998 & krisis kewangan 2009, akan disusuli dengan tahun² pemulihan di mana ekonomi semakin pulih & ia menjadi peluang untuk orang ramai memperoleh hasil daripada peningkatan aktiviti ekonomi.

Bahasa mudah, ramai jadi kaya. Saya pun tak nak ketinggalan nak ikut serta dalam fasa pemulihan ini (sambung kerja sepenuh masa). Kalau tak jadi kaya raya pun, sekurang²nya dapatlah mengukuhkan pendapatan.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/01/amanat-tahun-baru-2021-oleh-kuda-laut/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/494079485495199/

Tulis komen: