Amanat tahun baru 2021 oleh kuda laut

134941097_224213409148476_4013771606379650305_n.jpg

Jumaat, 1 Januari 2021, 8:00 am909

Tahun lalu mesti ramai yang berazam untuk mencapai sasaran agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya, dalam pelbagai aspek seperti kesihatan, pendapatan, dan juga amal ibadah.

Antara sasaran tersebut ada yang memerlukan seseorang untuk mengembara jauh, atau pun berjumpa dengan ramai orang.

Tiba² pandemik Covid-19 datang, banyak azam dan projek tak dapat diteruskan. Tak kurang juga banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya seperti kehilangan pekerjaan, pertukaran kerajaan, perang perdagangan, sekatan pergerakan, pencarian internet atas pokok, termakan daging kartel haram, eh?

Anda rasa mungkin andalah yang paling terkesan oleh Covid-19, tapi percayalah, semua orang terkesan. Tidak kira pangkat atau paras pendapatan. Saya sendiri terkesan, keluarga pun terkesan, YDP Agong pun terkesan, kucing² pun terkesan. Ngaau!

Oleh itu, tahun baru ini, jangan berputus asa untuk berazam baru. Kalau tahun lalu azam tersekat oleh PKP, tahun ni perbaiki cara untuk mencapai azam sesuai dengan normal baharu.

Nak pergi , melancong atau mengembara, boleh, tapi tidak ke tempat sesak², dan tidak melawat tempat tumpuan terlalu lama sehingga menanggalkan pelitup muka.

Nak meeting dengan ramai orang, pun boleh, tapi kena guna cara online, video conference atau live streaming. Nak jumpa bersemuka, juga boleh tapi kena duduk renggang², bertambah sayang, biar malu², biar segan², aih!?

Semoga tahun baru ini semua yang berazam untuk memperbaiki diri, akan berjaya mencapainya, walau apa pun perubahan atau halangan yang akan berlaku nanti.

Sekian, bulibaqalaqau~’.

Lokasi: Coco Cabana, Marina Bay, .

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/224213405815143/

Pingback: Coco Cabana, Miri, dalam album panorama 360

Pingback: Dua tahun kemudian 🦠

Tulis komen: