Lama tak makan pau bijan hitam
Sabtu, 12 Mac 2022, 10:25 am

Pau ni dikilangkan di Johor, tapi saya tak jumpa yang inti bijan hitam kat Kuching. Kalau #pau inti lain macam jagung tu ada. Balik ke Penang ni barulah dapat merasa balik.

Sebelum ni โฝยนโพ kukus pau letak atas bekas plastik, tak berapa berjaya sebab pau masih sejuk. Sekarang cuba guna cooling rack pulak macam ni, letak penutup periuk kat atas untuk memerangkap haba & stim. Boleh la pau jadi lembut, tapi inti dalam masih sedikit berais. #dapur
Tapi sedap juga #makan pau kat luar lembut inti dalam sejuk berketul, rasa macam makan sandwich aiskrim .

Eh, hari ni hari bergambar jari di Johor .
โฝยนโพ https://azwan082.my/2022/01/nak-kukus-pau-tapi-takda-tray-pengukus/