Lepas lebih 3 minggu baru sempat beli peti sejuk

  • 273045308_467841321452349_3007431171101837468_n.jpg
  • 273035113_467841324785682_4268715837766503954_n.jpg

Khamis, 3 Februari 2022, 9:30 pm

Lepas lebih 3 minggu baru sempat beli peti sejuk.

Dah ada pun tempat untuk simpan bahan mentah & tempat untuk lekat balik magnet² ni. Dapat sambung mencuba macam² lepas ni.

Macam² cobaan dalam proses setup ni, mula² pada paip sinki yang saya tulis sebelum ni ⁽¹⁾.

Lepas tu, periuk nasi yang saya beli tak datang dengan tray pengukus. Nak kukus pau pun nak jadi McGyver ⁽²⁾ 😅.

Seterusnya, saya nak cari periuk & frying pan non-stick yang sama saiz & dapat guna untuk induction cooker. Tapi saya terbeli periuk non-stick yang tak support induction cooker.

Periuk atau frying pan yang dapat digunakan dengan induction cooker kena ada dasar besi khas yang dapat menerima aruhan elektromagnet daripada induction cooker.

Kat label bungkusan akan ada tulis sama ada periuk tersebut sesuai atau tidak untuk digunakan dengan induction cooker, seperti dalam gambar ke-2. Beli kat Mr. DIY tapi tak ada penutup sekali, kena beli asing².

Cobaan terakhir sekali ialah proses membeli peti sejuk ni. Yang membuatkannya agak payah adalah sebab untuk dihantar ke rumah, saya kena ada kat rumah. Jadi waktu cuti CNY yang lalu, ada peluang untuk saya tunggu penghantaran peti sejuk ke rumah.

Masalah semasa penghantaran pula, pada hari yang dah dijadualkan, pekerja yang ditugaskan terpaksa ambil cuti sakit. Jadi kena delay satu hari. Nasib baik cuti CNY panjang, keesokan harinya sampai juga peti sejuk.

Disebabkan layout jalan kat apartment ni pula, lori tak dapat berhenti dekat lif. Terpaksa lagi berjalan jauh dari dekat pondok guard kat pagar jalan masuk.

Bila penghantaran dah selesai, kena tunggu 8 jam sebelum boleh on peti sejuk. Bila dah dapat on, saya dapati compressor peti sejuk agak bising semasa beroperasi pada kapasiti penuh.

Tak jadi masalah sangat sebab compressor tak beroperasi sepanjang masa, hanya apabila suhu dalam peti sejuk dah meningkat, barulah compressor on. Tapi sepanjang ia beroperasi, agak stress jugak kalau dengar bunyi bergetar tak henti² untuk beberapa minit. Terpaksa pasang TV kuat² untuk menutup bunyi compressor tu 🥴.

⁽¹⁾ azwan082.my/2022/01/awal-bangun-cuci-dapur-pasang-penapis-air
⁽²⁾ azwan082.my/2022/01/nak-kukus-pau-tapi-takda-tray-pengukus

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: