Sabtu, 12 Mac 2022, 10:25 am
Lama tak makan pau bijan hitam.

Pau ni dikilangkan di Johor, tapi saya tak jumpa yang inti bijan hitam kat Kuching. Kalau #pau inti lain macam jagung tu ada. Balik ke Penang ni barulah dapat merasa balik.

Sebelum ni ⁽¹⁾ kukus pau letak atas bekas plastik, tak berapa berjaya sebab pau masih sejuk. Sekarang cuba guna cooling rack pulak macam ni, letak penutup periuk kat atas untuk memerangkap haba & stim. Boleh la pau jadi lembut, tapi inti dalam masih sedikit berais. #dapur
Tapi sedap juga #makan pau kat luar lembut inti dalam sejuk berketul, rasa macam makan sandwich aiskrim 🍦.

Eh, hari ni hari bergambar jari di Johor 😆.
⁽¹⁾ azwan082.my/2022/01/nak-kukus-pau-tapi-takda-tray-pengukus
Komentar