Belum lagi masuk fasa endemik

Jumaat, 1 April 2022, 8:00 am
Hari ni baru masuk fasa PERALIHAN ke endemik. Alih²kan sikit mimik tu
.
Perubahan dalam fasa peralihan ini adalah:
- Had operasi premis perniagaan dimansuhkan. 7E dah 24 jam balik
. - Tak perlu scan MySejahtera di tempat terbuka, tak sesak & tiada perhimpunan orang ramai. Berpeknik kat pantai tak perlu check in
. - Solat jemaah dah boleh rapat saf. Pihak tertentu dah boleh pergi claim kejayaan ‘perjuangan’
. - Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Yang takut jarum dah boleh masuk ofis
. - Semua boleh rentas negeri tak kira status vaksinasi. Gembira la puak antuvax
. - Aktiviti melibatkan perkumpulan ramai tidak lagi dihadkan kepada kapasiti 50%. Stadium dah boleh isi penuh
. - Sempadan negara dah dibuka. Dah boleh drive ke Mae Hong Son?

Kena buat langkah demi langkah, sedikit demi sedikit, tak dapat terus² ke fasa endemik. Seperti nak berdiri dari duduk, kena angkat badan dulu. Bila dah betul² dalam fasa endemik nanti, agaknya pelitup muka pun mungkin dah tak perlu pakai lagi
.
Sumber – https://www.pmo.gov.my/2022/03/kenyataan-media-berkaitan-fasa-peralihan-ke-endemik/
2 April 2022
Rilek jak emau tidur di tepi tempat parking
30 Mac 2022

