Masuk fasa terbaru menuju hujung pandemik
Rabu, 7 September 2022, 10:45 pm
Masuk fasa terbaru menuju hujung pandemik.
Hari ini diumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan dalam bangunan (indoor) adalah atas pilihan (optional) ⁽¹⁾. Sedikit demi sedikit kita kembali ke kebiasaan sebelum pandemik #Covid19.
Pelitup muka diwajibkan kalau tak silap saya dalam bulan April 2020, awal #MCO. Pada hari dikuatkuasakan, saya pergi hantar Unser ke kedai tayar untuk repair tayar pancit. Selamba keluar macam biasa takda pakai mask, pastu tauke kedai pun tegur, takut ada polis check .
Sekarang mask dah jadi optional, tapi saya akan tetap pakai, sebab masih ada pandemik yang berleluasa di seluruh dunia, iaitu asap rokok .