Cabrera pengsan atas padang + keputusan perlawanan ke-12 Liga Super 2021

  • 183891065_300501644852985_8101511651177502128_n.jpg
  • 182260250_300523324850817_6222489578481849460_n.jpg

Ahad, 9 Mei 2021, 10:00 am

Cabrera pengsan atas padang + keputusan perlawanan ke-12 Liga Super 2021.

Ini keputusan perlawanan pada pertengahan minggu ini, lupa nak update Khamis lalu 😅.

Kedah vs JDT – Pada minit ke 56, Cabrera telah berlanggar dengan Renan Alves, dan ternampak seperti bahagian leher Cabrera terkena siku atau lengan Alves, menyebabkan dia terjatuh & kepalanya terhentak di atas padang. Renan Alves cuba untuk memberi pertolongan CPR kepada Cabrera yang sudah tidak sedarkan diri.

Dalam pada itu, seminit lagi masa perlawanan tamat, Renan Alves telah membentes kaki Sumareh di dalam kotak penalti, menyebabkan JDT berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti Bergson.

Sabah vs Melaka Utd – Gol ke-3 Sabah oleh Amri Yahya memang cantik. Bola hantaran rendah ke dalam kotak penalti, Amri sambut dengan membuat sepakan lambung melangkaui penjaga gol 👍.

4/5
Kedah 0 – 1 JDT
KL City 3 – 1 Penang
Terengganu 3 – 0 UiTM

5/5
PJ City 0 – 1 Perak
Sri Pahang 2 – 2 Selangor
Sabah 3 – 1 Melaka Utd

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT128312561927
Terengganu ↑3127321811724
Kedah ↓1127232013723
Penang ↓1126421811722
Selangor125432118319
Sabah ↑2124441716116
KL City124441613316
PJ City ↓2123541014-414
Perak ↑1123361218-612
Melaka Utd ↓1123451519-410
Sri Pahang122371320-79
UiTM120111329-261

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: