Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lupa dah kisah padang bendang

287489015_551327483103732_8205642933543815004_n.jpg

Rabu, 15 Jun 2022, 10:40 pm0

Dalam perlawanan ke-2 pusing kelayakan ke Piala Asia 2023, Malaysia bertemu Bahrain, dalam cuaca hujan lebat, sampai padang jadi bendang ⁽¹⁾.

Malaysia beraksi agak baik, dapat menjaringkan gol pada separuh masa ke-2 menerusi Sumareh pada minit ke-55. Tapi disebabkan kelekaan, Bahrain mudah menyamakan kedudukan dalam tempoh 3 minit ⁽²⁾.

Kemudian disebabkan kesilapan penjaga gol, Farizal Marlias, Bahrain mendapat sepakan penalti & memperoleh gol kemenangan.

Ada yang menyalahkan Farizal tidak mengeluarkan bola dengan baik, kemudian membentes pemain Bahrain, sebagai punca kekalahan. Tapi bagi saya, ikut kata TMJ, winner mindset tak cari salah sesiapa. Itu adalah kesilapan yang perlu dipelajari. Fokus perbaiki pada perlawanan seterusnya.

Melihat pada senarai pemain, nampak seperti Kim Pan Gon mahu lebihkan corak bertahan, sebab gandingan Arif Aiman, Faisal Halim & Safawi Rasid tak diturunkan.

Menuju ke penghujung masa, Malaysia sepatutnya mampu mendapatkan gol penyamaan, tapi sebab De Paula tu jenis joging² tunggu bola, memang tak dapat peluang nak buat percubaan langsung. Pengulas sering kali menyebut kalau Darren Lok masih dalam padang, dia akan berusaha keras mengejar bola yang datang.

Bercerita pasal padang pula, yang hancur lepas bertakung air hujan, lepas tu petugas guna penyodok untuk tolak air, habis rumput² disodok sekali. Cerita pasal padang buruk ni dah lama dah.

TMJ dah tunjuk cara bina & jaga padang dengan baik sehingga mencapai kualiti tinggi macam padang bola sepak kat Eropah, menerusi padang JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

TMJ juga beri pelbagai cadangan seperti sistem perparitan, guna kanvas penutup padang, mahupun menawarkan dana untuk menanam rumput berkualiti kat Stadium Bukit Jalil.

Tapi itulah, penyelesaian mudah, perlaksanaannya pun agak mudah, cuma birokrasinya saja yang banyak menyusahkan & menghalang (restrictive).

Berpuluh² tahun mengkaji rumput, tak siap² jugak kajian. Agaknya duit kopi tak cukup tu 😏.

Semalam lepas perlawanan terakhir Bahrain menumpaskan Turkmenistan 1-0 dan Palestin menewaskan Filipina dengan jaringan 4-0, Malaysia hanya memerlukan seri untuk layak ke Piala Asia.

Seri saja tak best, sebaliknya skuad memilih untuk menang besar ⁽³⁾.

Dalam game ini barulah dapat lihat Syafiq Ahmad selaku kapten menjaringkan gol. Darren Lok yang merupakan pure striker, akhirnya dapat memperoleh gol selepas berusaha tak henti² dalam perlawanan sebelum ini. Dion Cools juga menjaringkan gol pertamanya bersama skuad senior.

Melihat kepada corak permainan Malaysia semalam, nampak sedikit berbeza tempo permainan. Kalau melawan Turkmenistan, 20 minit pertama Malaysia menyerang tanpa henti, dengan intensiti tinggi.

Lawan Bahrain pula, intensiti direndahkan sedikit, masih lagi menyerang pada minit awal perlawanan, cuma banyak buat hantaran & percubaan jauh sebab padang basah.

Bertemu Bangladesh pula, tempo permainan diperlahankan semasa bola berada di kawalan pemain bek. Terutamanya semasa Matt Davies, Dion Cools & Corbin Ong menghantar² bola, ia menarik pemain Bangladesh untuk naik sedikit & mendedahkan ruang untuk bola dihantar jauh kepada pemain sayap yang laju seperti Faisal Halim & Arif Aiman ⁽⁴⁾.

Apabila bola dah berada berdekatan kawasan penalti lawan, barulah tempo permainan dilajukan untuk merosakkan formasi pertahanan lawan & mencari ruang untuk membuat percubaan 🥅.

Puas hati tengok persembahan perlawanan team Malaysia kali ini. Harapnya tahun depan, kita dapat beri challenge kepada pasukan yang lebih kuat kat pusingan akhir Piala Asia 💪.

Selepas ini, tengok Kedah & KL City dalam Piala AFC, sebelum sambung balik Liga Malaysia.

⁽¹⁾ https://twitter.com/bharianmy/status/1535846614312841216/photo/1
⁽²⁾ https://grandstandkita.net/padang-macam-bendang-antara-5-perkara-setelah-malaysia-berputih-mata-di-halaman-sendiri/
⁽³⁾ https://grandstandkita.net/cipta-sejarah-layak-ke-piala-asia-2023-ini-lima-momen-malaysia-tewaskan-bangladesh/
⁽⁴⁾ https://www.vocketfc.com/analisis-kim-pan-gon-gunakan-corbin-ong-sebagai-suis-sistem-overloading/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/551327519770395/

Tulis komen: