Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dah mula dah + keputusan perlawanan ke-1 Liga Super 2022

274467478_486840062885808_940070837984111060_n.jpg
275013304_486840079552473_427241568905459287_n.jpg

Ahad, 6 Mac 2022, 8:50 pm0

Walau bagaimanapun, terdapat perlawanan yang ditangguh sebab lebih separuh daripada pemain pasukan terlibat dijangkiti Covid-19 ⁽¹⁾.

JDT vs Penang

Kental betul pertahanan Penang menahan asakan JDT. Pada awalnya kedua² pasukan nampak berhati². Kemudian sedikit demi sedikit intensiti ditingkatkan.

Hanya pada minit ke-70 barulah JDT dapat menjaringkan gol, menerusi hantaran silang Arif Aiman kepada tandukan Bergson.

Pujian layak diberikan kepada keeper Penang, Kathul Anuar, selepas berjaya menepis & menggagalkan begitu banyak percubaan JDT. Dia digantikan pada minit ke-73 selepas mengalami kecederaan.

Menuju hujung perlawanan, semakin ramai pemain Penang yang mengalami kekejangan, mungkin sebab banyak berlari kencang untuk bertahan asakan JDT.

PJ City vs Melaka Utd

Kedua² pasukan dilihat sama kuat, cuma saya jangkakan Melaka Utd lebih hebat musim ini sebab ada Ifedayo, pemenang kasut emas tahun lalu dengan rekod jaringan tertinggi setakat ini.

Selain Ifedayo, Melaka Utd ada Sony Norde & Emmanual Oti, tapi banyak peluang yang mereka cipta tak tepat. Akhirnya PJ City menghukum dengan gol kemenangan. Mahali Jasuli bermain hantaran one touch kepada Darren Lok, kemudian kepada S. Kumahran untuk menyepak volley kencang menjunam ke gol Melaka Utd.

Keputusan

4/3
JDT 1 – 0 Penang
KL City 3 – 3 Selangor

Sarawak Utd 0 – 1 Kedah
Sabah 0 – 1 N Sembilan

5/3
PJ City 1 – 0 Melaka Utd

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT11001013
N Sembilan11001013
Kedah11001013
PJ City11001013
Selangor10103301
KL City10103301
Terengganu00000000
Sri Pahang00000000
Penang100101-10
Sabah100101-10
Melaka Utd100101-10
Sarawak Utd100101-10

⁽¹⁾ https://www.nst.com.my/sports/football/2022/03/777266/five-m-league-teams-down-covid-19

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/486840119552469/

Tulis komen: