Macam nak semput berjalan dalam kedai ni

Rabu, 10 Ogos 2022, 10:50 pm127

Macam nak semput berjalan dalam kedai ni.

šŸ“ Ikea Batu Kawan, .

Kat tingkat ke-2 ada food court Ikea yang terkenal dengan menu meatball. Kat tingkat ke-3 pula ada showroom yang luas ya amat.

Showroom terbahagi kepada beberapa ruang bilik bagi memperagakan susunan perabot & produk bagi ruangĀ² rumah tertentu, seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air, beranda, termasuk juga ruang pejabat, garaj dan stor.

Saya masuk satu persatu, perlahanĀ² perhati design rumah gaya Scandinavian. Design perabot, warna dinding, tile & jenis lampu digunakan semuanya nampak ringkas tapi bermanfaat (simple & functional).

298640720_723068235526758_6322939948230813185_n.jpg
Dalam banyakĀ² ruang & perabot, dapur ini menarik perhatian saya.

Minimalis & kompak. Sesuai untuk diletakkan dalam rumah kontena atau tiny house. Bila dikira jumlah harga barangan yang diletak di sini, masih dikira mampu milik, tak sampai belasĀ² ribu.

298562790_723068255526756_3131018016600440065_n.jpg
Ini namanya pensel kontot.

Kat kawasan showroom ni, pembeli hanya perlu mengambil nombor kod barangan yang nak dibeli. Sebab tu ada disediakan pensel & kertas ini untuk buat catatan. Ini cara analog.

Nak cara digital, boleh guna PC yang disediakan untuk search produk. Ataupun guna aplikasi 3D interior designer untuk mendesign ruang dalaman rumah.

Dekat lebih setengah jam perlahanĀ² melalui beberapa ruang showroom, nampak macam masih banyak lagi bilik yang belum dilepasi. TibaĀ² rasa agak klaustrofobik, sebab tak nampak penghujung ruang showroom & tak jumpa jalan shortcut. Walaupun design & perabot yang dipamerkan berbeza, tapi ruang segi empat tersebut nampak sama saja dari awal. Ada saja jalan keluar disediakan, tapi rasa macam rugi pulak kalau give up awal šŸ˜….

Disebabkan kawasan showroom yang luas, ada disediakan ruang tandas & tempat duduk di separuh perjalanan. Beberapa orang pakcik makcik & auntie uncle duduk berehat sebentar.

Agaknya ada lebih berbelas ruang showroom yang ada di sini. Lepas lalui semuanya, akan kembali ke pintu masuk showroom. Boleh dikatakan showroom ini berbentuk U-turn panjang, dibahagikan kepada beberapa ruang segi empat & pengunjung kena lalui secara belokĀ² kiri kanan.

298762167_723068162193432_5303704683764093979_n.jpg
Agaknya ini perkataan mencarut dalam bahasa Sweden šŸ˜†.

Anjir, tak habis lagi! Lepas showroom, turun ke tingkat 2, sebelum kembali ke food court, ada lagi ruang kedai supermarket Ikea. Sama seperti showroom kat tingkat atas, yang ini pun luas & kena jauh berjalan šŸ„µ.

Kat bahagian sini lebih kepada produk kecil yang boleh dibawa menggunakan troli. Ada periuk belanga, ada lampuĀ², langsir, blind, bantal, baldi, kain lap, macamĀ² lagi barang rumah.

Di hujung pasaraya sebelum kaunter bayaran, ada barisan rak tinggi bagi pembeli yang mahu ambil sendiri (self service) perabotĀ² yang nak dibeli. Nama saja self service, tapi nak ambil kotak perabot dari rak yang tingginya macam bangunan 3 tingkat tu, tetap kena minta pekerja ambilkan menggunakan hydraulic lift.

šŸ˜“

Kali ini takda beli apaĀ², lain kali bila nak menghias rumah sendiri barulah datang balik kedai ni, pilihĀ² angkut.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/723068295526752/

Tulis komen: