Best lagu ultras Selangor 😅 + keputusan beberapa perlawanan tertangguh Liga Super 2022

301299950_731902614643320_5618287893958294927_n.jpg

Selasa, 23 Ogos 2022, 10:55 pm181

*Penang vs Sri Pahang*

Gol ke-2 Penang pada minit ke-85, berpunca daripada kesilapan back pass oleh pertahanan Sri Pahang, Lucas Silva mengambil peluang memintas Mamadou Samassa untuk jaringkan gol.

Sri Pahang vs Terengganu

Perlawanan yang menghiburkan dengan kedua² pasukan beraksi dengan permainan terbuka (open play), saling berbalas serangan. Pemain Terengganu banyak kali dijatuhkan dalam kotak penalti tapi tak diberikan sepakan penalti.

Minit ke-73, daripada sepakan sudut, Habib Haroon menanduk menggunakan belakang kepala untuk jaringkan gol penyamaan untuk Terengganu. Lepas tu dia pergi berjoget² tepi padang 😆.

Selangor vs PJ City

Minit ke-59, Darren Lok jaringkan gol kemenangan untuk PJ City, gol peribadinya ke-8.

Menuju hujung perlawanan, kedengaran ultras Selangor menyanyi² lagu mengkritik pengurusan kelab Selangor FC, sambil kibarkan bendera parodi logo² terkenal ⁽¹⁾. Ini susulan prestasi yang semakin merudum, tapi tindakan yang diambil hanyalah menukar jurulatih. Projek DNA bola sepak Jerman dah gagal.

Keputusan

17/8
Sarawak Utd 0 – 0 PJ City
Kedah 1 – 1 Sabah
Selangor 0 – 2 Terengganu

18/8
KL City 1 – 0 N Sembilan
Penang 2 – 3 Sri Pahang

21/8
Sri Pahang 1 – 2 Terengganu
Selangor 0 – 1 PJ City

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT1412203973238
Sabah16112326141235
N Sembilan1795324141032
Terengganu168262016426
Sri Pahang176382626021
KL City156362025-521
Kedah ↑1145361925-618
Melaka Utd ↓1144552019117
Selangor154472626016
PJ City ↑1173771627-1116
Sarawak Utd ↓11742111537-2214
Penang1614111934-157

⁽¹⁾ https://semuanyabola.com/kenyataan-ceo-selangor-sekadar-lepaskan-batuk-di-tangga/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/731902661309982/

Tulis komen: