Keputusan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia 2022 + kejutan Piala Dunia

316949954_801018714398376_3394614411929839247_n.jpg

Jumaat, 25 November 2022, 11:50 am44

Cukup dah cerita pasal politik semalam, esok dah nak final Piala Malaysia.

JDT vs Sabah

Tak tengok game ni, dalam kesibukan balik pergi mengundi, pastu jalan² buat inspection sekitar Kuching ⁽¹⁾ 😁.

Tapi dengar berita, penalti Safawi pada minit ke-91 melayang sampai ke Qatar ⁽²⁾ 😆.

Terengganu vs Selangor

Bermain di tempat sendiri, Terengganu mengharapkan sokongan di tempat sendiri bagi sekurang²nya menyamakan kedudukan.

Walau bagaimanapun, hanya satu gol dihasilkan Terengganu, berpunca daripada larian Faisal Halim ke dalam kotak penalti, dihantar kepada Tchetche Kipre yang menolak bola ke gawang tapi dihalang 2 pertahanan Selangor. Mujur pengadil di tiang gol nampak bola dah melepasi garis.

4 minit sebelum tamat masa, pemain import Selangor, Yazan Al-Arab, dilayangkan kad kuning ke-2. Dia konon² buat protes, yang sebenarnya dia mahu buang masa, jalan perlahan² sambil komplen, pastu berhenti sekejap buka balutan kaki kiri. Pastu sambung komplen, jalan perlahan², berhenti sekejap buka balutan kaki kanan. Pegawai pasukan Terengganu marah² kat mamat tu dari tepi padang.

3 minit sebelum tamat masa tambahan yang berjumlah 7 minit, Khairulazhan berlanggar dengan Kipre dalam perebutan bola tinggi, mungkin terkena siku Kipre. Kecederaan nampak serius sehingga van JPA datang ke tepi padang, namun Khairulazhan masih mahu meneruskan permainan.

Banyak serangan Terengganu di saat² akhir tapi tiada percubaan yang berbahaya, gerakan mereka nampak terlalu berhati² untuk pecahkan benteng Selangor, takut kehilangan bola mungkin.

*Keputusan*

20/11
JDT 3 – 1 Sabah (aggr. 4 – 1)

21/11
Terengganu 1 – 0 Selangor (aggr. 2 – 3)

Piala Dunia 2022 Qatar

2 pasukan dari Asia menewaskan pasukan dari ranking yang jauh lebih tinggi:

Argentina 1 – 2 Arab Saudi ⁽³⁾
Jerman 1 – 2 Jepun ⁽⁴⁾

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/11/parlimen-tergantung-rakyat-terbaring/
⁽²⁾ https://majoriti.com.my/netzkorner/2022/11/21/039penalti-sampai-ke-qatar039-safawi-direstu-berhijrah-ke-kelab-lain
⁽³⁾ https://www.youtube.com/watch?v=XwlnSgfIdHI
⁽⁴⁾ https://www.youtube.com/watch?v=VEIlL7vZrcI

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/801018734398374/

Pingback: Semua piala mereka sapu, liga pun tak pernah kalah + keputusan akhir Piala Malaysia 2022

Tulis komen: