Belajar cara guna multimeter
Khamis, 1 Jun 2023, 6:40 pm0
Saya nak tahu secara #DIY berapa voltan yang tinggal dalam #bateri.
Pada multimeter:
- Wayar hitam dicucuk pada simbol COM.
- Wayar merah dicucuk pada simbol VΩmA.
Pada bateri:
- Letak wayar hitam pada terminal negatif (-).
- Sentuh wayar merah pada terminal positif (+).
Pada paparan multimeter, pilih mod DCV (direct current voltage / voltan arus terus). Nombor yang tertulis adalah maksimum voltan yang dapat disukat.
Jika tak tahu julat voltan bateri, letak pada sukatan voltan tertinggi dahulu sebelum guna sukatan lebih rendah, untuk mengelak kesilapan bacaan.
Kalau tahu julat voltan bateri, seperti bateri AA, kat kotak bateri selalu ada tulis 1.5V. Jadi pilih sukatan 20 pada DCV (merujuk kepada maksimum 20V).
Melihat pada paparan, voltan pada bateri kat jam termometer ini ialah 1.45V, ada turun sedikit lepas guna kira² setahun 8 bulan.
Kalau tak silap, sebaiknya letak wayar hitam pada terminal negatif (-) terlebih dahulu, sebelum letak wayar merah pada terminal positif (+).
Bacaan voltan pada bateri #kereta #iswaratank #IswaraLMST ini ialah 8.67V, dah jauh turun daripada bacaan normal, 12V. Jadinya, enjin kereta tak dapat start.
Lepas tukar bateri baru minggu lalu, akhirnya dapat juga start kereta ni lepas kira² 7 bulan tersadai. Tapi ada problem baru, lepas tekan clutch, nak tolak masuk gear satu, rasa macam kena block, tak boleh masuk.
Pergilah meng-google cara untuk check apa masalah. Tengok kabel clutch masih ok, tak ada apa yang patah. Adjust² level pedal clutch, pun masih tak dapat masuk gear. Nampaknya mungkin clutch plate melekat dalam gearbox tu.
Esok nak panggil lori towing hantar kereta ke bengkel. Harap dapat settle semua masalah yang makin lama makin banyak:
- Clutch – gear tak masuk.
- Overheat – kipas tak pusing. Nak kena flush radiator sebab air nampak berkarat.
- Air cond tak sejuk.
- Tukar minyak enjin.
Eh, hari gawai dah?
Eh, dapat pulak kereta ni jalan
3 Jun 2023
Mi kari Meadows rasanya seakan mi Cintan
27 Mei 2023