Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mi kari Meadows rasanya seakan mi Cintan

BD7D29CC-5382-459C-9E90-BD2EFA361A06-scaled.jpeg

Sabtu, 27 Mei 2023, 1:55 pm0

Hujung bulan megi 🥲.

Brand Meadows ini menjadi alternatif lebih murah daripada jenama terkenal seperti Maggi & Mamee. Belum lagi dapat lawan kepelbagaian yang Maggi atau Mamee tawarkan, dari segi perisa & saiz mi.

Gardenia pun ada keluarkan mi segera, tapi saya hanya dah cuba jenis mi goreng, mi kari belum lagi. Harganya lebih murah seperti brand Meadows. Rasanya ok, lebih kurang mi goreng Ibumie. Mi-nya lebih nipis berbanding IndoMie.

Biasanya kalau cakap makan megi, orang mesti fikir rebus mi, bubuh perencah, terus makan sampai habis. Makan mi kosong begitu memanglah tak sihat, lebih² lagi kalau letak sepeket perisa sampai habis. Garam tinggi, darah tinggi 🤒.

Bila ditanya kenapa tak tambah sayur, jawapan selalunya ‘tak tahu’, atau ‘malas nak potong sayur’. Di menu ini, saya tunjukkan cara paling mudah. Sayur daun dan tomato ceri tak perlu potong², lepas cuci terus tambah dalam mi yang sedang direbus. Sayur sawi pula cuma perlu dipetik² daunnya.

Lepas mi dah cukup direbus, bubuh 1/3 peket perencah. Banyak ni sebenarnya dah cukup untuk dapatkan rasa masin, pedas & umami daripada MSG dalam perencah tu. Kalau tak dapat rasa apa, ertinya dah terbiasa makan terlebih garam tu. Nak kena latih lidah untuk makan tawar.

Tauhu goreng tu pula saya cuba High Carb Hannah, tapi kena sedia awal. Potong² tauhu ikut saiz yang dikehendaki, bubuh kicap & simpan semalaman supaya kicap tu menyerap. Barulah tauhu tu ada rasa. Nak masak tauhu tu, sama ada guna air fryer, ataupun stir fry atas fry pan.

Ini baru menu megi vegan yang sehat 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/917407476092832/

Tulis komen: