Macam mana nak scan QR kod dari e-wallet kat POS terminal ni?

Selasa, 11 Julai 2023, 10:35 pm
Ini contoh POS (point-of-sale) terminal kat kiosk #McD.
Nampak anak panah warna kuning yang saya lukis tu? Itu adalah arah scanner QR code untuk terminal ini.
Kalau nak guna #ewallet, contohnya Touch n’ Go, tunjukkan QR code yang dipaparkan pada app untuk membayar, pada arah scanner ini.
Mula² saya tengok gambarajah yang tertera pada skrin POS terminal ni, agak terpaku beberapa saat, nak proses maksud grafik yang tunjukkan – tercari² kat mana pulak kamera atau scanner QR code untuk terminal ni .
Ada juga kat kaunter pembayaran, scanner QR code berada di belakang POS terminal. Cashier akan angkat terminal tersebut & scan seperti menggunakan smartphone.
Ini teori kenapa enjin DasAuto boleh berhenti tiba²
17 Julai 2023
9 Julai 2023