Cara lekat roadtax paling mudah nak tanggal balik

  • 271737105_455297892706692_5049081355090828413_n.jpg
  • 271887207_455297909373357_1707188392980723390_n.jpg

Khamis, 13 Januari 2022, 8:55 pm

Cara lekat roadtax paling mudah nak tanggal balik.

Guna sticker cermin jak lah 😅.

Kalau order online melalui MyEG, nanti diorang bagi sticker transparent untuk roadtax tu, ada logo mymotor, secara percuma.

Kalau nak fancy, beli sticker yang ada logo Sarawak macam ni, harga RM5 saja, beli kat pasar Tabuan.

Yang penting, bila nak pasang kat cermin kereta, gunting saja sekeliling roadtax tu, tak perlu tanggalkan daripada kertas lapik pelekat sticker. Pastu, letak di belakang sticker transparent & terus lekat pada cermin, macam dalam gambar.

Berita terbaru: jejambat tertinggi di Malaysia, terletak di Bukit Kukus ⁽¹⁾, yang menyambungkan Paya Terubong, jalan Bukit Jambul & jalan Balik Pulau dah siap dibuka kepada trafik tengahari tadi.

Waktu saya datang Penang minggu lalu, simpang di puncak jalan menuju Paya Terubong belum siap lagi. Beberapa hari kemudian, dah buka jalan untuk U-turn kat sana, tapi belum boleh guna jejambat tu lagi, kena turun balik guna jalan lama ke Relau.

Sekarang dah siap, tiap hari guna jalan ni pergi kerja. Petang tadi waktu balik guna jalan dari Relau, tak ada kereta yang masuk simpang ke Balik Pulau, lancar saja jalan 😁.

⁽¹⁾ https://paultan.org/2022/01/05/penangs-bukit-kukus-paired-road-to-open-jan-13/

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.