Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tanam sayur tumbuh tauge 😂

F91FBEE8-6899-4DBA-A79D-80E2D4C708C1.jpeg

Selasa, 1 Ogos 2023, 1:45 pm0

Belum lagi ada grow light, tumbuh setakat jadi microgreen.

Sekarang ni tengah berkira² sama ada nak teruskan tanam guna tanah, atau start balik .

Tanam kat tanah ni mudah. Beli pasu, tanah & benih yang semuanya ada dijual kat Giant.

Tapi disebabkan tanam dalam bilik, tak dapat sinaran terus cahaya matahari, tumbuhan jadi terbantut. Tambahan pula nak kena siram secara manual tiap hari.

Kalau tanam secara hidroponik, saya nak buat kaedah air berkitar (recirculating). Air baja dipam dari tangki takungan ke bekas tanaman & air akan kembali ke tangki. Tangki air baja ini juga kena disambung dengan tangki sokongan untuk menambah (top-up) air.

Ini bagi mengelakkan masalah air baja mengering, menyebabkan bacaan EC meningkat & tumbuhan kekurangan nutrient tertentu, seperti yang berlaku dalam hidroponik kratky yang saya buat sebelum ini ⁽¹⁾.

Juga, dengan mengalirkan air baja, apabila air kembali bercampur ke dalam tangki, dapat meningkatkan kandungan oksigen larut. Ianya baik untuk akar tumbuhan menyerap nutrient dengan lebih efektif.

Kalau nak bina sistem hidroponik ni, nak kena keluar modal lebih sikit. Tangki takungan boleh guna kotak plastik, dapat beli kat pasaraya berdekatan.

Bekas tanaman pula, masih belum muktamad, sama ada guna paip PVC segi empat yang dah dibuat lubang tu, buat secara NFT (nutrient film technique). Ataupun buat DWC (deep water culture) / SWC (shallow water culture) secara DIY, guna bekas plastik yang cetek atau car boot tray.

Pam air, paip poly, injap (valve) & sambungan (fitting), termasuklah grow light & baja AB, nak kena cari online, lagi senang & cepat. Kalau nak pergi kedai sekitar, walaupun dapat cari kat Google Map atau tengok lokasi kedai online kat Shopee / Lazada, nak drive & cari parking, pastu kalau tak ada stok, atau jumpa kedai yang salah, banyak masa terbuang.

Nasib baik netpot masih ada lagi simpan, tak perlu beli baru. Paip PVC juga masih ada lebihan daripada DIY pasang shower head ⁽²⁾. Timer switch socket pun masih ada, untuk digunakan bersama grow light, supaya dapat tetapkan lampu terpasang hanya pada siang hari.

Alang² dah nak order grow light online, baik order seluruh set hidroponik 🤔.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/12/tuai-sawi-hidroponik-masak-dengan-megi-goreng/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2023/02/rupa-penapis-air-lepas-setahun/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/954881229012123/

Tulis komen: