Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dah kira berapa agak² dividen ASB dapat tahun ni?

73755A60-2715-4F79-8164-BA0BD4C529A6.jpeg

Sabtu, 23 Disember 2023, 7:30 am0

Kelmarin ASNB dah umumkan ⁽¹⁾ pengagihan dividen sebanyak:

  • Pendapatan – 4.25 sen
  • Bonus – 1.00 sen

Untuk kira berapa dividen yang akan diperolehi, mula² kira baki minimum purata untuk tahun ini. Sekiranya baki purata adalah 60000 (setiap bulan ada baki RM60,000 dalam akaun ASB, pelaburan tunai termasuk ASB financing):

  • Pendapatan = 60000 x 0.0425 = 2550
  • Bonus = 60000 x 0.01 = 600

Jumlah dividen = 2550 + 600 = RM3,150

Untuk pembiayaan ASB, hanya sekali kenaikan OPR berlaku tahun ini. 6 bulan saya bayar 339 sebulan, kemudian 6 bulan terakhir bayar 350 sebulan.

Jumlah komitmen = (339 x 6) + (350 x 6) = RM4,134

Sebahagian besar daripada RM4,134 ini adalah untuk membayar faedah hutang ASB financing, selebihnya untuk membayar hutang pokok (principal).

Sekiranya bayaran faedah telah dilangsaikan sepenuhnya, hanya tinggal hutang pokok untuk dilunaskan.

Andainya pembayaran balik ASB financing ditamatkan separuh jalan, faedah telah langsai, dan hutang pokok dah bayar setakat 10%, nanti sijil simpanan ASB tersebut akan ditebus semula untuk membayar balik jumlah baki yang tinggal. Sekiranya ada lebih, i.e. 10% yang dah bayar tadi, nanti akan dikembalikan ke dalam akaun ASB peminjam.

Ini yang saya faham berdasarkan ASB financing agreement yang dibuat dulu, kalau ada salah tolong betulkan 🙏🏻.

Kalau tahun lalu saya berkira² nak cancel ASB financing, tahun ini mungkin berkompromi. Lepas banyak buat kerja hitung realized/unrealized/annualized profit untuk pasaran saham, saya dapati walaupun jumlah komitmen melebihi dividen yang diperolehi, tapi ia bukan bermaksud mengalami kerugian. Kena lihat perolehan secara jangka panjang.

Keuntungan sebenar adalah pada dividen tahunan yang sentiasa diperoleh & jumlah pokok yang bakal diterima apabila telah tamat bayaran ASB financing nanti.

Dah sangat beruntung bila dapat dividen. Kalau melabur dalam saham, tak pasti akan dapat dividen & tak pasti akan dapat jual balik share pada harga untung. Kalau nak untung, kena sanggup rugi 💸.

⁽¹⁾ https://web.facebook.com/ASNBmy/posts/pfbid0Wwc9YGZoQ8fe1NY9My9z2FRjzBnreTBx6up25N5E9yc5ZuM4EEn5aPcoGbDFnJWJl

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1033462831153962/

Tulis komen: