Jumpa si noneng kat Pantai Teluk Mak Nik

Ahad, 7 Januari 2024, 11:30 am14

Kat sini saja cuaca baik, ada sinaran mentari, manakala lain semua mendung & hujan.

547847F6-B37C-41B6-897B-9934EA5F7520.jpeg
Berdekatan sini ada bukit namanya Bukit Noneng, kebetulan ada si noneng ni datang ke tepi kereta.
4482CE84-0214-4D7F-A1DF-442FCB255F3A.jpeg
Musim tengkujuh pantai timur, ombak besar & angin kencang.
@azwan082_my

Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman.

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

2EAA8553-EBC7-43DE-B5E7-43528CD4E7DC.jpeg
Sepanjang pantai ada banyak kemudahan untuk aktiviti outdoor seperti trek untuk ATV & buggy ini.

Ada juga taman permainan kanak², tandas awam & food court kecil di tepi sepanjang pantai ini. Walaupun tak banyak, tapi memadai untuk berehat ambil angin.

Pantai ini merupakan salah satu lokasi pendaratan penyu untuk bertelur. Terdapat papan tanda peringatan untuk pelawat supaya tidak mengganggu penyu yang datang pada musim bertelur:

  • Jam 7 petang hingga 7 pagi, tak boleh melakukan aktiviti seperti berenang atau memancing berdekatan pantai, dan tak boleh guna sumber cahaya terang (atau menyalakan unggun api).
  • Kena jaga kebersihan
  • Kena tinggalkan pasir dalam keadaan semulajadi, kalau ada istana pasir, mesti runtuhkan.
  • Tak boleh memandu di kawasan pantai
  • Tak boleh buat bising
  • Tak boleh ambil penyu, anak penyu atau telurnya, sama ada yang hidup atau mati.

P.s: lama tak dengar petua maknek kat Sarawak FM 😄.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1042119393621639/

Tulis komen: