Review Hotel Sagittario, Ipoh

29E4A345-EC0A-40B4-834A-3AADB6633933.jpeg

Ahad, 29 Oktober 2023, 8:45 am19

Walaupun terletak di tengah bandaraya & berdekatan jalan utama, tak sangat kena bunyi bising jalan raya, dapatlah tenang berehat.

Waktu check-in seperti biasa bermula pukul 2 petang, tapi jam 1.30 saya dah sampai. Nasib baik pekerja hotel bagi check-in awal sebab bilik² semua dah siap housekeeping. Berpeluh kalau nak tunggu pukul 2, tengah hari kat Ipoh ni cuaca panas berbahang.

Tempat parking kat sini jenis berbayar, Isnin sampai Sabtu, 8 pagi hingga 6 petang, kena guna mobile app Park@Perak untuk bayar parking. Saya cuba install tapi tak dapat, mungkin hari tu ada problem kat server App Store. Mujur tak ada pekerja majlis perbandaran pergi check, dapatlah parking free.

Ini hotel bajet, tak ada lif, kena eksesais naik tangga ke tingkat 2. Review dalam bilik adalah seperti dalam album ini:

Bilik single untuk satu malam harganya kira² RM67 menurut pekerja hotel, tapi disebabkan saya ada cancel booking menerusi Agoda sebelum ini ⁽¹⁾, oleh itu caj pembatalan itu dimasukkan ke dalam harga booking yang seterusnya, jadi jumlah kena bayar adalah dalam RM73.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/09/camping-dalam-hujan-kat-the-treasure-taman-herba-gopeng-utp-homecoming-2023/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1004055554094690/

Tulis komen: