Merasa bakso terbaek di bandaraya Kuching
Jumaat, 8 Mac 2024, 8:45 am0
Nama kedainya Bakso Mamang kat Satok.
Boleh pilih nak guna mi apa – mihun, mi kue tiau atau mi kuning.
Saya cuba menu paling rahmah, nama menunya pun bakso mamang, hanya ada bebola daging, RM7.
Menu sederhana besar, bakso tauhu – bebola daging dengan tauhu, RM9.
Menu paling laparpo sekali, bakso malindo wahyu, mangkuk paling besar, RM13. Ada bebola daging bulat, bebola daging yang dipotong sedikit (digelar malin) dan hirisan daging yang dipanggil wahyu ⁽¹⁾ (bukan wagyu ).
Kesemua menu dilengkapi dengan garnish biasa – daun salad, tauge & kriuk² asli (bawang goreng) .
Style hidangan di meja makannya ikut cara Indonesia. Sup bakso tu diperbuat daripada stok daging, jadi keseluruhan rasanya adalah masin & umami. Kalau nak pedas, boleh tambah sendiri sos cili berapi yang disediakan di atas meja. Nak lebihkan manis, tambah kecap manis, barulah asli rasa nusantara .
Selain daripada bakso, ada juga dijual nasi ayam penyet & nasi ayam geprek – sambal banyak cili bertaburan atas nasi ayam, kalau #makan banyak cili takut nanti kena admit ke ICU .
⁽¹⁾ https://www.facebook.com/share/EUXi7vcWaChvE8t3/
Tular makan kurma dengan pishang
12 Mac 2024
Belum start puasa, dah nak habis biskut raya
7 Mac 2024