Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Manual overtaking mode dalam F1 bermula 2026 seakan Attack mode dalam Formula E

10882BC3-5EEA-467C-8005-0E7D908271EC.jpeg

Jumaat, 7 Jun 2024, 5:40 pm0

Attack mode dah wujud sejak musim 2018-19 Formula E ⁽¹⁾, perlumbaan F1 elektrik.

Dalam Attack mode , pemandu diberikan kuasa tambahan sehingga 350 kW ⁽²⁾ untuk digunakan dalam tempoh sehingga 8 minit ⁽³⁾, bertujuan memberi kelebihan kepada pemandu untuk mengejar atau memintas pemandu di hadapan.

Kereta F1 bermula musim 2026 menggunakan enjin hibrid, dilengkapi dengan bateri & motor elektrik, disamping enjin pembakaran dalaman (ICE).

Dengan itu dapatlah F1 melaksanakan Manual overtaking mode dengan meningkatkan kuasa pada motor elektrik kepada 350 kW sehingga kelajuan 337 km/j ⁽⁴⁾. Namun mode ini hanya boleh digunakan apabila pemandu berada dalam lingkungan satu saat ⁽⁵⁾ di belakang pemandu di hadapan.

Jika pelaksanaannya serupa Formula E, penonton bakal nampak siapa yang tengah menggunakan overtaking mode ini dengan nyalaan lampu LED warna-warni di atas halo ⁽⁶⁾.

Perubahan ini dijangka menambah seri pelumbaan dengan lebih banyak aksi memintas & penonton dapat mengenalpasti kereta yang sedang menyala halonya adalah kereta dalam mode berkuasa tinggi (tengah high 😅), kereta lain yang tak menyala kena beri laluan.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2019/07/formula-e-bakal-dianjurkan-di-kuching/
⁽²⁾ https://fiaformulae.com/en/news/487136
⁽³⁾ https://pitlanemag.com/formula-e/formula-e-attack-mode-how-it-works-and-what-it-means-for-the-race
⁽⁴⁾ https://www.racefans.net/2024/06/06/drs-out-manual-override-mode-in-f1s-new-overtaking-aid-explained/
⁽⁵⁾ https://www.williamsf1.com/posts/43f4eb85-3653-4c9e-90b1-fd783e33d56f/explained-2026-formula-1-regulation-changes
⁽⁶⁾ https://au.motorsport.com/formula-e/news/formulae-attack-mode-tv-viewers/4308201/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1132149711285273/

Tulis komen: