Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Laluan bertingkat ini lebih baik bermula sebelum tol Juru & berakhir selepas tol Sg. Dua

F579A730-DF0F-4F23-9A20-826C28F8B64D.jpeg

Ahad, 9 Jun 2024, 9:50 am0

Dan tambah bilangan lorong selepas tol Sg. Dua sehingga exit Bertam.

Laluan lebuhraya PLUS di bahagian ini bercampur dengan tempatan & tiada tol. Kebanyakan trafik hanya bergerak di dalam kawasan sekitar Seberang Perai, Bukit Mertajam atau Butterworth menuju ke pulau dan sebaliknya.

Bagi pemandu yang bergerak ke arah selatan tanpa singgah , kesesakan selalunya berlaku selepas tol Sg. Dua sebelum susur keluar ke Jambatan Pulau Pinang. Selalunya petang hujung minggu, waktu orang ramai mula balik ke rumah di pulau, laluan sini selalu bergerak perlahan, sampai mengantuk² berbaris.

Bagi pemandu yang bergerak ke arah utara pula, kesesakan bermula sebaik laluan lebuhraya bergabung dengan trafik dari pulau. Dan tak habis setakat tol Sg Dua, sebab sebaik saja melepasi tol, jalan terus jadi dua lorong, menghasilkan situasi bottleneck.

Dengan adanya laluan bertingkat ini ⁽¹⁾, harapnya nanti ia direka supaya pemandu yang mahu bergerak terus tanpa singgah Penang tak perlu bertembung dengan trafik dari kawasan ini. Kiranya sama seperti laluan yang melintas sepanjang bandaraya Ipoh.

⁽¹⁾ https://paultan.org/2024/06/05/juru-sungai-dua-elevated-highway-planned-to-ease-north-south-highway-traffic-in-penang-cost-rm1-8bil/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1133168961183348/

Tulis komen: