Air kopi pun nak buat jadi berkarbonat

7A9168FF-7C4C-4C46-AE54-EA0EB2F98B00.jpeg

Selasa, 20 Ogos 2024, 5:55 pm0

Bukan yang dalam gambar, tapi air tin Zus Coffee yang warna biru. Nasib baik baca label kat tin, kalau terminum, boleh mabuk bila masuk balik ofis 🥴.

Air tin Zus Coffee Expresso Latte ini jenis kopi susu, rasanya lebih kurang air tin Nescafe. Dengan tahap kafein 4 per 5, lepas boleh eksesais angkat keluli 2 jam tanpa henti atau buat coding 4 programming language sekaligus sampai subuh 😳.

Berbalik kepada air kopi bergas, kalau tak silap dulu dalam tahun 2005-2007, Pepsi ada mengeluarkan ‘cola coffee’, namanya Pepsi Max atau Pepsi Latte. Seingat saya, rasa pahit kopi tu bertembung dengan manis cola, ada sedikit tersasar daripada rasa yang boleh memikat selera orang ramai. Tak sampai 3 bulan produk tu pun kena cancel 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1178336409999936/

Tulis komen: