Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

2 minggu hangat dalam kereta

Ahad, 6 Oktober 2024, 2:50 pm0

9FF0CCAF-1718-4A07-B5E1-B627028AF972.jpeg
Hantar kereta ke bengkel Autohaus di Seri Kembangan 2 ini, gerenti tak haus 😅.

Ceritanya 2 minggu lalu nak ke Nilai 3 tengok² perabot, cuaca panas, pasanglah air cond sampai 18°C. Biasanya 23°C dah cukup sejuk, tapi ni makin lama makin suam.

Dah sampai Nilai, dalam kereta ‘kapanasan’, hilang fokus nak cari carpet. Eh, nak cari carpet kah perabot? 🤔

Seminggu kemudian pergi check kat bengkel ni, buat flushing air cond, check pressure, semua ok tak ada leaking. Artinya, compressor air cond dah kong. Time tu jam dah dekat 2 petang, bengkel kata kalau nak tukar hari tu jugak, nak order part, pastu pasang & test, mungkin tak sempat siap, kena tinggal kereta kat bengkel.

Tu yang sampai 2 minggu baru ada kesempatan untuk tukar compressor. Datang awal, 9 pagi, bengkel baru buka. Dekat pukul 5 petang baru siap.

Nasib baik bengkel ini ada customer lounge kat tingkat atas. Ada sofa, smart TV dapat tengok Youtube atau Netflix, ada bilik solat & tandas, dan juga ada water dispenser Cuckoo & microwave. Kopi, teh atau Milo free, semuanya self service.

5F682190-A6ED-4509-987C-CE708CC1F122.jpeg
Sambil tunggu, tengok Upin Ipin.

Ongkos untuk menukar compressor aircond ori :

  • Compressor: 1130.00
  • Aircond service: 138.00
  • Labour: 108.00

❄

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1211892079977702/

Tulis komen: