Adoi, sampai bubus kasut beta

1F023CF1-D8E7-41A6-A21A-7CC9CEB6CE74.jpeg

Sabtu, 18 Januari 2025, 9:45 pm0

Itu kejadian beberapa hari lepas.

Guna jalan belakang untuk ke Cyberjaya, sebab LDP kena jem panjang. Tak tau kat mana terkena skru ni, bila dah parking kereta, tengok dah pancit. Pergi repair kat satu workshop kat D’Pulze, ongkosnya RM10.

Kejadian hari ni pula, pergi menyervis . Servis tukar minyak hitam pertama lepas pindah ke Puchong. Sebelum ni hanya guna minyak Castrol Magnatec, tapi kat Autohaus, semua minyak enjin jenama Petronas Syntium. Pakej rahmah tukar minyak enjin dengan oil filter, bernilai RM230.

Di samping itu, sempat minta pomen check bahagian engine mounting & suspension, sebab dah lama isu gegar² dan bunyi keriok² di bawah kereta, tapi tak pasti kat mana yang dah longgar.

Hujung² dapat tahu, engine mounting dah ‘turun’, lepas tu lower arm, tie rod & ball joint dah nak kena tukar, tu yang selalu buat bunyi besi bergesel. Dan bahagian terakhir yang selalu menyebabkan rasa gegar² pada steering & bakal menelan kos tertinggi, ialah steering rack, dah ada free play semasa steering diputar.

Nak kena buat bajet ni, lepas tu minggu depan baru tukar semua. Minggu konghee fatt choy satu lagi pegi jalai² simpang pulai, akai 😬.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1286827225817520/

Tulis komen: