Spageti dengan kari roux jepun, jadikah?
Khamis, 16 Januari 2025, 8:35 pm0
Bagi yang gemar katsu chicken curry, mesti jadi .
Tips saia untuk masak spageti supaya mudah menyerap sos #pasta atau apa² kuah perisa:
- Rebus 15 minit
- Tos sehingga kering
- Campurkan dengan sos semasa spageti masih lagi hangat
Teorinya, bila spageti ditos sehingga kering, lepas tu ditemukan dengan sos spageti atau dalam contoh ini, kuah roux kari jepun, cecair dalam sos atau kuah akan lebih mudah menyerap, menggantikan air rebusan spageti tadi. Tambahan pula dengan suhu yang masih tinggi, liang roma masih terbuka , memudahkan lagi proses penyerapan.
Untuk menu ini, begini #resipi nya:
- Rebus spageti 15 minit & tos kering
- Pada masa sama, sedia bahan²: bawang putih, lobak merah, tauhu & meatball
- Tumis bawang putih, tauhu & lobak merah guna api sederhana
- Tabur lada hitam Aji-Shio sebagai perisa umami
- Bila dah mula caramelize, masuk secawan air mendidih & bubuh kiub kari roux
- Masukkan meatball & renih selama 10 minit
- Bila dah nak siap, masukkan spageti tadi & gaul.
Lepas tu #makan lah apa lagi .
Tapi jaga², spageti boleh mengembang dalam perut. Sejam lepas makan, terasa pergerakan dalam usus besar, ke jamban lah jawabnya .
Kertas pembungkus burrito ni memang susah nak buka ka?
12 Januari 2025