Tukar lampu depan halogen reflector kepada LED projector
Sabtu, 4 Januari 2025, 4:30 pm0
Sambungan daripada kegagalan percubaan pertama ⁽¹⁾ #DIY sebelum ini.
Kali ini proses membuka & memasang mentol hanya mengambil masa beberapa minit saja. Dah tahu dah macam mana nak sangkutkan balik dawai pemegang mentol kat housing head light tu.
Mentol LED projector ini lebih menyuluh ke sebelah kiri, sebab ia mentol untuk kenderaan RHD (pemandu sebelah kanan). Tak nak bagi pemandu dari arah bertentangan kena silau.
Kat mentol tak ada tulis mana satu sebelah kiri atau kanan. Kena cuba pasang dulu, kalau lampu menyuluh terlalu tinggi ke sebelah kanan, ertinya salah pasang, kena tukar balik mentol kiri & kanan.
Sebelum ini saya beli mentol LED projector jenis berwayar panjang & ada kipas penyejuk. Kali ini, saya pilih mentol yang design-nya lebih ringkas & seakan sama dengan mentol halogen. Senang pasang, tak perlu nak ubah wiring apa², sama macam pasang mentol asal.
Bagi yang nak mentol H4 LED projector macam ini, beli kat sini https://invl.io/clm63i1
Saya hanya sempat guna lampu ni kat tempat parking bawah tanah. Tahap keterangan cahaya lebih kurang macam mentol halogen, taklah seterang mentol LED laser light BMW atau kebanyakan kereta EV baru. Cutting line daripada kanta projector tu pun tak berapa sekata, tapi itu tak jadi hal besar. Cuma saya nak tengok berapa lama mentol ini boleh bertahan, dengan design tak ada kipas heat sink, adakah akan ada isu overheat?
Bila balik rumah petang sikit, hari dah hujan .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/11/cobaan-pertama-gagal/
2 Januari 2025