Jauh betul cari kedai untuk minum kopi petang
Ahad, 23 Februari 2025, 9:30 am

Sebab tu namanya Pagi Place, lokasinya di Bangi. Waktu operasi:
- Isnin, Khamis, Jumaat: 7:30 pagi – 2:30 petang
- Sabtu, Ahad: 7.30 pagi – 4.00 petang
Hujung² minggu sempat lah menyinggah.
Design dalam kedai berkonsepkan trendy hipster. Paip konduit elektrik terdedah berwarna hitam, sama juga kipas & housing lampu, berwarna hitam.
Sedikit elemen old-skool dengan tingkap nako & panel kaca pada dinding depan kedai beserta tanaman pokok daun hiasan.
Elemen scandinavian pada rak kayu pine Ikea di dapur. Termasuk juga elemen brutalis dengan bata merah terdedah tak di-plaster atau cat, dan juga kaki bangku guna bata blok.
Menu minuman utama ialah kopi: espresso, latte, mocha. Terdapat juga matcha & jus buah.

Ini kopi kaw. Mungkin guna campuran biji arabika & liberika. Yang uniknya, tak tambah gula. Jadi original lah rasa kopi & serbuk koko. Bugar mata jadinya .
Diorang bagi straw kertas. 5 minit kacau² air nak campurkan coklat, kopi & krimer, straw pun jadi lembut nak patah .
Menu makanan pula terbahagi kepada 2 kategori: bagel & toast. Bergantung kepada menu, nanti ada diberi jem blueberry + mentega. Memang menu khas untuk sarapan pagi.
Cafe ni sesuai untuk golongan freelancer, penulis atau programmer untuk duduk & kerja menggunakan laptop, sebab ada plug elektrik betul² di tepi meja.
25 Februari 2025
Rupanya tayar yang bunyi berdengung waktu laju
19 Februari 2025