Final Piala Malaysia 2024 dah hampir separuh tahun 2025

Ahad, 27 April 2025, 12:25 pm
Dah boleh agak siapa akan menang, tu yang lama tak tulis pasal #LigaMalaysia. Tapi malam tadi Sri Pahang beri fight!
Time pemain masuk, M. Nasir tengah nyanyi lagu Mentera Semerah Padi. Lepas tu lagu Negaraku, M. Nasir pun nyanyi lari tempo. Memang itulah lagu yang paling susah nak ikut beat .
Separuh masa pertama, Sri Pahang mendahului walaupun bermain dengan 10 orang.
Gol pertama berpunca daripada sepakan penjuru. Tandukan Alexander Cvetkovic nampak dah melepasi garis sebelum ditepis Syihan. Tapi T. Saravanan yang memastikan bola menerjah jaring dan wisel ditiup sebagai pengesahan.
Sergio Aguero yang dah dapat satu kad kuning, membuat banyak terjahan ke badan pemain, dan banyak mulut buat provokasi kat pengadil, dilayangkan kad merah.
Di separuh kedua, giliran JDT kehilangan seorang pemain, Park Jun Heong, juga daripada mengutip kad kuning kedua selepas membuat late tackle.
Gol pertama JDT menerusi sepakan penalti Bergson, selepas VAR mengesan Oscar Arribas dikasari.
Gol kemenangan JDT dihasilkan oleh MVP 4 tahun berturut², Arif Aiman. Dia membuat larian dari tepi ke tengah kotak penalti, membuat sepakan seakan cutback, menewaskan 2 pertahanan & tepisan penjaga gol tak cukup kuat untuk menolak bola keluar.
JDT 2 – 1 Sri Pahang (https://youtu.be/ufMoXgsh3Q4)
28 April 2025
25 April 2025