Roti lawan kari, adeh 🥴

Jumaat, 25 April 2025, 8:20 pm

09B97551-8D57-4D26-8504-73117D98BEA1.jpeg
Yang ini kari dhal, ada juga kari ikan & kari daging, dipek bersama dalam roti canai jenama Lazat.

Nang lazat, nyaman lawan dengan kuah dhal & sambal 😋.

3EC48EA8-8CBB-40D9-9378-1D1D92F04982.jpeg
Paket kuah dhal & sambal diasingkan.

Panaskan paket kuah dalam air mendidih atau microwave, dan campurkan keduanya bila nak dihidang.

Yang membezakannya daripada jenama Kawan ⁽¹⁾ ialah roti canai-nya seperti ditambah sedikit mentega, menjadikannya sedikit lembap bila dah di-toast.

Roti canai Kawan mungkin hanya bergantung kepada minyak dalam doh, bila di-toast, jadi rangup & kering.

28B68F6C-76E9-4BFE-976A-8A144D2073BF.jpeg
Potluck kat ofis.

Temanya bawa makanan yang huruf depannya sama dengan huruf nama panggilan. Saia bawa buah anggur, sebagai tanda penglibatan saja. Tapi menu utama yang saia nak bawa ialah kek lapis homemade 😁.

Dah plan awal nak bawa anggur, tapi malam sebelumnya saya ke Lotus’s, jalan² kat rak jajan cuba cari menu lain, tak jumpa pulak keropok, biskut atau kudapan yang mula dengan huruf A. Tadi tengok, ada yang bawa biskut Apollo, banyak lagi tu 3 kotak 😆.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/11/masak-roti-canai-kuah-dhal-kat-rumah/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1359441758556066/

Tulis komen: