Mencerik kopi susu Vietnam

Khamis, 5 Jun 2025, 11:35 pm
Tersinggah satu 7-Eleven rawak di Sungai Pelek.
Isnin lalu, cuaca panas, singgah sekejap nak cari air minuman sejuk. Depan kedai 7E ni ada seekor nuning tunggu depan pintu kedai. Bila buka pintu, dia pun nak ikut masuk, mungkin nak cari air cond, tapi saia tak bagi, khuatir akan mengganggu operasi kedai.
Lepas tu terbelilah kopi Vietnam ni untuk dicuba. Produk keluaran anak syarikat Berjaya Food, nama brandnya ialah Sai Ngon. Bukan Saigon .
Kopinya seperti jenis kopi segera biasa, mungkin campuran kopi tempatan dengan arabika. Yang uniknya adalah rasa susu yang lebih berkrim. Kat tin bertulis bahannya diperbuat daripada krimer bukan tenusu. Bererti krimernya bersumberkan lemak sayuran. Ini kurang menyihatkan. Macam #minum kopi dengan mayonis .
P.s: sebelum sampai ke Tanjung Sepat ⁽¹⁾, tersesat sekejap ke Sepang Gold Coast. Ada port menarik untuk pacak khemah & berpeknik. Lain kalilah .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/06/bejalai-gawai-ke-tanjung-sepat/
Control AndroidTV guna app dalam smartphone
6 Jun 2025
4 Jun 2025