Ada pun movie ni main kat TV2

Jumaat, 18 Julai 2025, 11:30 pm
Movie ‘Missing’ ini adalah filem kedua selepas ‘Searching’ yang mengetengahkan konsep videografi yang unik.
Hampir keseluruhan klip video dalam movie ini diambil dari sumber alternatif seperti CCTV, video call & screen capture komputer atau smartphone.
Plot penceritaan juga menarik. Bergenre thriller, dalam filem ‘Searching’, cerita berkenaan seorang ayah yang mencari anaknya yang hilang. Filem ‘Missing’ pula, anak perempuan mencari ibunya yang hilang.
Kedua² filem membawa penonton dalam proses mencari maklumat & petunjuk, sehingga menemukan orang yang hilang. Contohnya cara nak teka password untuk akses email, banking site atau messaging app. Bila dah dapat akses, terdedah segala rahsia.
Saya suka pada plot twist yang disajikan. Sepanjang proses mencari, klu & info yang dijumpai beransur² membuktikan seseorang itu bersalah. Tapi bila pada kemuncaknya, satu bukti baru muncul dan merungkaikan semua misteri disebalik tindakan & kejadian orang hilang tersebut.
Kedua² movie boleh tengok kat Netflix kalau nak tahu apa yang saya merepek tadi .
Melunas hutang lunges episod 2
19 Julai 2025
12 Julai 2025