Fry pan hay hasil masak guna induction cooker
Sabtu, 20 September 2025, 10:55 am
Panjang ‘haiyaaaa’ Uncle Roger tengok 2 benda ni .
Ni beberapa #resipi saia buat hujung minggu cuti lalu. Sila tengok gambar² buat lapar, jilat skrin telepon .

Mesti guna Maggi kari, baru jadi sama macam kat mamak. Paling asas, mi megi dengan telur goreng diperisakan perencah dari paket mi. Yang lain² tu seperti bawang, isi ayam & sayur sawi / kobis, adalah bagi mempelbagaikan rasa & menambah gizi makanan.

Paling mudah, cuma tiga bahan:
- Egg
- Fry
- Rice
Lepas tu Sudin pun komplen: “masak tawar, kurang garam!”
Sebaiknya ikut prosedur yang tertib. Tumis bawang putih untuk tambah aroma, lepas tu goreng telur. Tambah garam sedikit, dan masukkan nasi sejuk. Bubuh kicap, tabur daun bawang & goreng sampai berasap .

Minggu lalu pergi ke #pasaraya Lotus’s Kajang, terjumpa sebungkus besar bayam merah, agaknya sekilo lebih, dijual dengan akar² sekali. Selepas diproses, ambil hanya daun & pucuk, isi dalam beg plastik resealable saiz 24 cm x 34 cm, beg tu pun betul² penuh, kena padat² sikit. Lama tak #makan daun bayam, baik untuk tambah darah, sebab tinggi zat besi, tak lah sering pening² nak pitam.
Sayur bayam ni dimasak style stir fry biasa. Mula² tumis bawang putih dengan ikan pusuk. Lepas tu masukkan bayam, gaul sekejap bagi layu sedikit, pastu masukkan sedikit air mendidih, kemudian bubuh kicap & lada. Masak sampai layu semua.
Tak perlu garam atau MSG pun, sebab ikan pusuk tu dah ada rasa umami & kicap ada rasa masin.
P.s: masih panjang barisan cashier untuk beli guna MyKasih / Sara, krismas nanti lah baru guna duit madani tu .
Cara setup devcontainer untuk develop Laravel app
15 September 2025